Sunday, May 8, 2011

Pembunuh !

Heyya ! sedih ! sedih ! sedih tau tak ?! *tetibe je kan. Actually , siang tadi saya kebosanan. So, saya tengok tv, tengok info channel . Tengok punya tengok , sampai je dekat info Discovery Channel , tajuk cerita yg tertulis dekat info tu menarik perhatian saya iaitu ''War Whales'' . Saya pun tekan la OK, nak tengok apa ceritanya . So, ini penyebab saya sedih.



Walaupun saya bukak channel tu lagi 20 minit je dah nak habis cerita War Whales tu . Tapi saya amatlah beruntung sebab berpeluang melihat kekejaman orang Jepun memburu dan membunuh paus . Memang tidak terungkap dengan kata2. Jom kita cuba masuk situasi panik si paus yang aku lihat tadi .




Bayangkan anda seekor paus ... Pada suata saat, anda dan kawan2 anda yang lain sedang berenang di permukaan air untuk mendapatkan udara *oxygen. Berenang di laut yang tenang bersama kawan2, bergembira bersama .




Tanpa anda sedari,anda sedang diekori oleh sebuah kapal berwarna kelabu . Dan anda terlihat seorang lelaki di hadapan kapal tersebut. Anda tidak tahu apakah yang akan terjadi seterusnya,kerana anda sedang menikmati saat kegembiraan itu bersama kawan2.




Dalam beberapa minit ,anda menyedari kapal yang anda lihat tadi semakin laju umpama mengejar anda. Anda dan kawan2 terus berenang selaju yang boleh. Tetapi pada waktu itu anda dan kwan2 sedang mengumpulkan bekalan oxygen untuk bernafas. Oleh itu,dalam keadaan panik anda berenang selaju yang boleh sehinggakan anda tidak boleh bernafas dan menyebabkan anda berenang semakin perlahan .




Tiba di suatu saat,anda menganggap itu adalah saat terindah yang terakhir buat anda. Tiba2 ,kedengaran tembakan yang amat dasyat dari kapal tersebut . Tanpa anda sedari, anda berasa sakit di bahagian badan dan anda terhidu bau darah . Pada waktu itu, baru anda sedari bahawa memang betul itulah saat terindah anda yang terakhir. Anda ditembak ataupun ditikam dengan sesuatu yang tajam beserta tali yang disambungkan pada peluru itu, yang datangnya dari arah kapal tersebut .




Kemudian anda ditarik menghampiri kapal tersebut , dan ditembak lagi tanpa henti . Baru anda sedar bahawa kejamnya manusia . Anda menangis ,meraung meminta pertolongan, melawan untuk lari dari situ . Namun , anda lemas dalam lautan darah sendiri, cedera parah dn tidak bermaya . Anda pasrah pada Tuhan. Lama-kelamaan hembusan yang terakhir anda hembuskan. . .




Memang sedih tengok kisah ni. Saya sampai menangis teresak2 . I tell u!!! Memang sedih. Bagi saya, saya yang dilahirkan sebagai pencinta alam memang tidak dapat menerima hakikat semua ini ! Bayangkan paus yang sedang diancam kepupusan diburu dan dibunuh oleh orang J*P*N untuk menjadi santapan mereka . Tidak ke BODOH itu ?! Tak ke cukup Tuhan beri haiwan yang boleh dimakan ??? Bersyukurlah sikit ! Kalau ye pon paus tu banyak khasiat ke ape, tunggu la spesies paus tu bertambah . Kalau dah terlalu banyak paus dekat lautan , nak buru , nak bunuh , aku tak kesah dah ? Lu ada otak tak? Kalau ada bagi aku, kau bukan guna pun otak kau tu . So, korang yang dari tadi membaca ke-merepekan aku ni , tengok video sebenarnya.





Assalamualaikum