TIDUR - first I terasa sesuatu waktu darjah 4 or 5 macam tu lha . Saya kena ganggu every time masa nak lelapkan mata . Setiap saat dah nak terlena mesti saya dengar suara. Kebiasaannya suara perempuan, tapi saya lain . Saya kena ganggu dengan suara lelaki. Suara tu garau sangat, besar suara dia . Bila saya dah nak masuk mimpi saya, mesti ada suara ''Ooo . . .!!!!'' . Suara tu akan berulang lebih kurang setiap 2 to 3 minute. Suara tu ganggu saya setiap hari. Sampai menyebabkan saya TERPAKSA tidur dengan my parents taw ! Takot sangat . Tapi, waktu tu saya selalu dengar, orang cakap kalau baca ayat kursi benda2 tu tak akan ganggu. So, saya pun hafal dan amalkan ayat kursi tu . Alhamdulillah, benda tu sudah tidak mengganggu saya lagi .
Kelas Nadi - Apa itu kelas nadi ? Kelas nadi tu adalh kelas yg dianjurkan oleh DBKL kott, untuk pelajar tahun6 yg akan menghadapi UPSR . *maybe laa. Kelas tu diadakan pada waktu malam . So, tiba2 je pada hari tu cikgu pindahkan kelas kami ke block belakang . Sebelum tu kami belajar di block depan . Tapi bila dah pindah block belakang agak seram lah, because there are quite dark, belakang block tu hutan2. So, dah lah hari tu first time cikgu guna block belakang, saya pulak datang lambat pada hari itu. Datang2 je semua dah masuk class . Saya apa lagi, saya tak jalan , saya lari ! saya lalu depan bilik guru yg panjang, sesampai di bahagian tengah . Suddenly saya terbau benda yang wangi sangat . Mula lah terfikir kata2 mak saya, ''orng kata, kalau bau wangi waktu malam tu maknanya ada pontianak ...'' My Gosh ! saya pun lari tanpa henti dan tak pandang kiri kanan, hanya pandang bawah saja . Then saya melalui depan pintu tandas yg sering diperkatakan kawan2 bahawa ada gangguan di situ . Saya lari lagi tanpa henti ! Then , lalu pulak jambatan ,sebelah jambatan ada pokok besar dan tong smpah besar .Dalam kegelapan, saya lari sepantas boleh ! akhirnya sampai ditangga untuk ke block atas dimana terletaknya bilik darjah yg cikgu pindahkan tu. Tiba2 ! lagi satu langkah je dari tangga saya terjatuh . ADOI ! naseb baik tak ada orang nampak . heheh. Semenjak hari tu, cikgu pindah block depan pulak .Sebenarnye cikgu take care saya, cehhh. . .
Mimpi - Pada hari tu saya jalan2 sakan ke Melaka. Hari itu pergi , hari itu juga balik. My parents tak suka singgah2 ni, so sebab tu hari itu juga balik. Kami pergi pagi, balik malam. I think 1 am something like that laa . Balik2 tu memang letih gila ! So, tukar baju terus tidur. Tak basuh kaki, muka ,terus tidur macam tu je . Malam tu saya mimpi pontianak. Memang saya nampak jelas sangat muka dia . Rambut dia panjang dan berbaju putih kebiruan *macam pakai nila. muka ,mata sebelah kiri ditutupi rambutnya yg panjang. Mata sebelah kanan pula, besar ! huh ! seram . Dalam mimpi tu saya takut sangat. So, saya paksa diri saya untuk keluar dari mimpi tersebut . . .
So, Alhamdulillah . . . setakat ini , saya masih belum terserempak dengan benda2 tu . Dan saya harap sangat tak akan jumpa . Wallahualam !
bye ,
jangan takut hantu, takut cicak boleh ! x)
Assalamualaikum ,