Holla ! OK hari ni I nak berkongsi pengetahuan dengan korang , tentang ''Bagaimana saya boleh bermimpi?''. So, sekarang tarik nafas, lari setempat , duduk dihadapan laptop or komputer anda dengan tertib , buka mata besar-besar , dan . . . BACA !!! wheheheh . 5 PERINGKAT TIDUR:
Peringkat pertama -Otak memberi arahan kepada otot ntuk berehat. Kemudian,memberi arahan kpd jantung ntuk brdenyut dengan lebih perlahan, suhu badan jatuh daripada suhu asal . Peringkat kedua-Kemudian, kamu memasuki peringkat kedua dimana kebiasaannya dipanggil ''tidur-tidur ayam'' . Pada peringkat ini kamu akan mudah terjaga jika terdapat gangguan. Sebagai contoh,jika kamu terdengar bunyi radio ataupun televisyen, kamu akan mudah terjaga . Peringkat ketiga-Di peringkat ini, kamu akan tidur lebih lena. Turut dikenali sebagai tidur gelombang perlahan. Otak memberi arahan kepada tekanan darah agar merendahkan tekanan darah. Di peringkat ini, kamu akan berada dalam peringkat tidur yang sukar untuk dikejutkan oleh gangguan . Peringkat keempat-Peringkat keempat juga adalah tidur lena, tetapi masih tidur gelombang perlahan. Lebih sukar untuk mengejutkan kamu pada peringkat ini. Jika adik-adik dikejutkan,kamu akan mengalami kekeliruan ataupun mamai. Peringkat kelima-Ketika kamu tidur,peringkat 2,3,4 akan berulang setiap 90 minit. Setiap pengulangan disertai dengan peringkat kelima, mimpi. Pada peringkat kelima,mata kamu akan bergerak walaupun otot kamu telah direhatkan . Anak mata akan bergerak ke atas dan ke bawah di bawah kelopak mata kamu. Jantung kamu akan berdenyut lebih laju dan nafas tidak sekata. Inilah peringkat dimana mimpi akan menghiasi tidur kamu .
MALAM TADI SAYA MIMPI !
Setiap seorang daripada kamu pasti akan mengalami mimpi ketika tidur. Ada yang tidak dapat mengingati mimpi tersebut dan ada juga yang mengingatinya dengan baik. Tahukah kamu,mengapa ada yang mampu mengingati mimpi dan ada juga yang tidak mampu mengingati mimpi tersebut? Jawapannya mudah saja . Jika kamu terjaga sewaktu peringkat kelima, peringkat dimana kamu bermimpi, segala yg terdapat dalam mimpi tersebut dapat kamu ingat dengan baik. Manakala, jika kamu terjaga selepas peringkat kelima, kamu pasti tidak akan mengingati apa yang telah kamu mimpikan.
Tiada sesiapa yang pasti mengapa kita bermimpi. Ada saintis yang mengatakan mimpi terjadi adalah kerana perkara yang kamu lalui pada siang hari. Mimpi terjadi kerana menganalisis perkara yang terjadi pada siang hari dengan menyimpan perkara yang perlu dan menghapuskan ingatan mengenai perkara yang tidak penting. Ada juga saintis yang mengatakan mimpi adalah klu kepada perkara yang membimbangkan kamu dan apa yang sedang kamufikirkan pada siang hari .
OK. So that's all for today . HAHA. By the way, enjoy ke tak ni??? Ups ! I mean, adakah maklumat ni berguna ? Kalau tidak pun tidak mengapa baahhh . . .
Assalamualaikum,