Assalamualaikum ! Heyy ! dah berhabuk dah blog aku ni, lamo tak mengupdate :D Post kali ni bukan untuk membanggakan diri. Tetapi mungkin buat maklumat dan tauladan bagi kalian yg masih bingung, 'Nak pakai tudung ke taknak ?' 'Kalau aku pakai tudung, nanti dorang kate aku ustazah!taknaklah !' 'tahun depanlah pakai tudung'. Okayyy, aku faham perasaan gadis-gadis ni. Meh dengar mcm mane aku start pakai tudung :D
Aku dah belajar pakai tudung sejak umur aku 5 tahun lagi. Sebab aku masuk tadika Islam An-Nur dekat Cheras Baru. Then sampailah darjah 3 :) Well, faham-faham jelaa budak bawah umur. Dekat kelas pakai tudung, bile sukan aku bukak :D 'Tite panash ahh !' ahaha. Then, pergi sekolah pakai tudung, balik sekolah beg yg pakai tudung. ahaha. Aku dan tudung berterusan hidup seperti itu sampailah aku masuk darjah 4.
Dari situ mula nampak perubahan dan dari situ jugak aku mula sedar yg betapa PENTINGnya perempuan memakai tudung. Waktu darjah 4 kadang-kadang aku buka tudung time ade sukan mcm kebiasaannya aku buat sebelum ni. Tapi waktu ni dah jarang sikit buka tudung kat sekolah. Then, waktu darjah 4 ni laa jugak mak aku PAKSA aku amalkan baca surah Yaasin setiap hari selepas solat Maghrib. Asalkan aku tak baca mesti kena dengan bebelan mak aku tu. 'Geram tite tau!' Aku pu amalkan setiap hari. Dan Alhamdulillah ada sedikit perubahan berlaku terhadap aku :) Bile keluar pergi berjalan jauh aku start pakai tudung. Tapi masih 30%.
Masuk darjah5 aku dah jarang-jarang baca Yaasin. Lagi pun aku dah sekolah Agama. Setiap hari Jumaat baca Yaasin, so aku baca dkat skolah :D Tapi kalau amalkan hari-hari lagi bagus. Start darjah5 ahh aku selalu dengar nasihat ustaz, ustazah, penceramah dan segala motivasi yg berkaitan dengan tudung dan aurat ni. Yelaaa ! Dorang PERLI tahuuu takkkk ?! Malu tauuu ! Dorang cakap 'Yelaaa.Dekat sekolah pakai tudung, dekat luar manelah saye tahuuu.' 'Pakai tudung lengan pendek atas siku!' 'Pakai tudung baju ketat!' 'Siapa tk pakai tudung rambut die akan diikat, kamu tergantung dan otak MENDIDIH! nak ke mcm tu?' 'Kamu tak tutup aurat umpama kamu sedekah kan TIKET FREE untuk ibubapa kamu ke neraka.' dan sebagainya. Woah ! Aku betul-betul insaf kali ni. Aku mula berniat nk pakai tudung. Waktu ni budak darjah5 semua takut dengan seorang cikgu ni terutama budak perempuanlah, Cikgu Samsul. Cikgu ni lah yg beri AMARAN ! PERINGATAN yg sekeras-kerasnya pasal tudung! Bile die lalu, siapa yg tak pakai tudung mulalah cari tudung. ahaha.
Darjah5 aku pakai tudung, pergi shopping mana-mana pun aku pakai tudung. Tapi keluar rumah, pergi buang sampah, pergi taman, pergi rumah jiran dan pergi sidai kain aku tak pakai tuudng. Baru belajar maa ! Masuk darjah6 tak ada banyak perubahan sangat. Aku amalkan mcm biase waktu darjah5. Masuk form1 aku start pakai tudung sepenuhnya. Maksudnye aku pakai tudung walaupun aku pergi rumah jiran. Asalkan keluar pintu rumah aku pakai tudung :D Tapi kadang-kadang aku nk cepat aku biarkan je tak pakai tudung. Masuk form2 pulak(2011) ! Aku dah betul-betul pakai tudung. Tiap kali melangkah keluar rumah and ada tetamu aku mesti pakai tudung. Alhamdulillah :) Aku masih lagi mendisiplinkan diri dengan tudung ni :D Tetapi masih lagi belum sempurna :)
Sejujurnya, Mak Ayah aku tak pernah bagi galakan pakai tudung dekat aku. Hati aku yg gerak sendiri :) Ayah aku pun pernah cakap, 'Aik! sejak bile pakai tudung ni?' Mak aku pulak diam je tengok aku dh pakai tudung, tapi aku tahu die BANGGA :D sebab waktu die bersembang dengan jiran die cakap 'Saye tak suruh pun. Die sendiri yg pakai tudung.' :D
Kesimpulannya, wahai wanita sekalian. WAJIB bagi kamu untuk menutup aurat mu. Bayangkan, satu helai rambut sahaja yg dilihat lelaki dah dapat dosa. Aku tahu ade yg tak biase. Rasa panas dan rimas bile pakai tudung. Ade yg tunggu gerak hati. Tapi sampai bile nk tunggu ? Tak perlu tunggu sebenarnye. Korang perlu mendisiplinkan diri je :) mcm aku buat. Aku berubah ikut peringkat-peringkat. Buatlah perubahan kawan. Ajal sampai bile-bile sahaja. Tak perlu sebut kiamat sangat, sebut AJAL je. Mungkin lagi seminggu aku hidup. Cukup ke PAHALA yg aku kumpulkan ? Siapa nk tolong aku dekat akhirat ? Mak ayah aku macam mane ? Ingatlah, anak tidak beriman sekaligus akan membawa ibubapanya ke neraka. Kenapa begitu? Kerana ibubapalah yg bertanggungjawab mendidik anak-anak mereka supaya beriman kpd Allah. Kalau anak tak beriman, nak buat macam mana dahh? Fikir-fikirkanlah :)
AKU TAK PAKSA. AKU HANYA MENASIHATI DAN MENGINGATI SAHAJA. AKU PUN BUKANNYA SEMPURNA SANGAT IBADAH AKU. AKU BUAT POST NI PUN SEBAB ADA KAWAN-KAWAN AKU YG MULA MENDEKATI AGAMA MEREKA SENDIRI NI. MEREKA CUBA BERJINAK DENGAN AGAMA MEREKA NI. SEBELUM MEREKA TERSASAR LAGI DARIPADA JALAN YG BENAR. KAN BAGUS BUAT POST YG BOLEH MERANGSANG LAGI MINAT MEREKA TERHADAP AGAMA ISLAM NI ? Selamat beramal ~
Assalamualaikum,
Ikhlas, Rafedha.

